Tuesday, August 10, 2010

Jahit Alas Dulang Hantaran Cara SentuhanSofea



Hai semua.. jumpa lagi.. 
Kali ni akak nak kongsi dengan pembaca semua cara-cara nak Jahit Alas Dulang Hantaran Simple...Teringat pada tanggal 14/2/2010 lalu, My sister (Tini) mintak Akak  sponsor alas dulang hantaran utuk Majlis Pertunangan dia. Pada mulanya akak nak sewa je.. tapi pikir-pikir balik.. baik akak jahit yang simple.. dan boleh pakai untuk kahwin jugak.. 
Jadi , akak pilih warna Silver.. kain jenis ala jersy gitu tapi berkilat ada poko dot.. Akak cari kat Kamdar.. kain ni dah lama org tak pakai.. 


seingat akak zaman ago-go dulu org buat baju.. tak pe lah.. sebab akak rasa kalau buat alas dulang mesti cantik....akak congak2 sebiji alas dulang sekurang-kurangnya 1 meter..jadi akak belilah dalam 15 meter.. untuk 15 biji Alas dulang..itupun nasib baik le cukup-cukup ada 17 meter..  Last stok diorang kata.. akak pun ambik semualah.. harganya kalau tak silap akak RM7.90/meter.. pastu cari kain  alas(lining) warna Putih. kalau match ngan warna krim, tak berapa cun.. tak naik dia punya Shining... kain lining pun akak beli 17 meter- harganya RM1.80/meter. Lepas tu. kena cari untuk pelengkap dia plak.. nak letak kristal.. mahal sangat la plak.. last-last..akak pilih Renda saiz 1/2 inci warna silver gak.. boleh tahan gak harganya.. akak ambik satu gulung harganya dalam RM36.00 ada lebih kurang dalam 30-33 meter gitulah.. kalau tak silap... akak beli kat kedai Bunga Reben.. kat sini macam-macam ada.. barangnya berkualiti.. padan ngan harganya. so sekarang bahan-bahan dah ada.. yang lain-lain macam benang , gunting semua dah ada kat umah.. Ok.. jom kita sama-sama jahit alas dulang simple nih...
1. Sediakan Bahan-bahannya seperti di atas
2. Kain dipotong empat segi sama dengan ukuran 20 x 20 inci kemudian  dilipat  segi tiga sama kaki dalam lapan kelopak. Buat pola Kun pada kertas kemudian letakkan pola tadi pada kain dan gunting ikut bentuk Kun seperti diatas. Ukuran panjang kaki  kiri kanan  kun  adalah 9 inci, terpulang kepada anda kalau nak buat lebih. Manakala ukuran tengah  hujung Kun sampai bulatan adalah 10 inci, Lebar lebih kurang 6 1/2 Inci. (Ukuran ni semua dah termasuk basi)
3. Buka kain yang telah digunting dan pin kan setiap kelopak untuk dijahit
3a. Pinkan setiap kelopak supaya kain tidak bergerak semasa menjahit


4. Jahit lurus keseluruhan kelopak
5. Kemudian, kemaskan bahagian tepi kelopak dengan jahit tepi (Overlock) . bagi sesiapa yang dah mahir boleh terus jahit tepi tanpa jahit lurus.
6. Alas dulang yang dah siap dijahit tepi
7. Kemudian, langkah terakhir adalah menjahit Renda pada bahagian tepi setiap kelopak

8. Tada..... dah siap.!!!! senang kan.. satu alas dulang memerlukan lebih kurang 1 3/4 meter renda. dan kain yang digunakan untuk satu Alas Dulang akak cuma 1/2 meter dengan ukuran empat segi sama (20 x 20) inci. 17 meter yang akak beli tu boleh buat dalam 32 alas dulang. Bidang kain 45 ' tapi sayang...tak dapat nak jahit habis sebab renda tak cukup.. akak cuma dapat siapkan dalam 17 biji alas dulang sahaja. Cukuplah untuk hantaran tunang adik akak. Itupun dia dah happy sangat.
Tada.... dah pun digunakan... nampak cantik dengan warna tema yang dipilihkan..
Selamat mencuba..

2 comments:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.

PENGUMUMAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEMPAHAN ANDA DISINI

NAME:
E-MAIL ADDRESS:
TEL.NO:
ADDRESS:
ITEM NO:
ITEM NO:
ITEM NO:
ITEM NO:
REMARKS:

Get your own free form like this one.

STANDARD SIZE FOR BAJU KURUNG

UKURAN BAJU KURUNG DEWASA

PERKARA

S

(INCI)

M

(INCI)

L

(INCI)

XL

(INCI)

BAHU

14

15

16

17

DADA

36

38

40

43

LABUH TANGAN

20

21

21

21

PINGGANG

24-25

26-27

28-29

30-31

LABUH BAJU

37

38

39

40

PUNGGUNG

38

39

42

44

LABUH KAIN

37

39

41

42


UKURAN BAJU KURUNG KANAK-KANAK

PERKARA

XS

(INCI)

S

(INCI)

M

(INCI)

L

(INCI)

XL

(INCI)

XXL

(INCI)

BAHU

9

10

11

12

13

14

DADA

21

22

23

24

25

25

LABUH TANGAN

10

11

13

15

17

19

PINGGANG

16

16

16

18

18

20

LABUH BAJU

19

21

23

25

27

29

PUNGGUNG

22

23

24

25

26

26

LABUH KAIN

20

21

23

25

27

29




There was an error in this gadget