Tuesday, December 28, 2010

SULAMAN MANIK CRUMBLE SHEIKH

SULAMAN MANIK CRUMBLE SHEIKH

Hi semua,
Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak saya mempelajari manik crumble dengan Sifu Sheikh (serisulamanmanik.blogspot.com) Terima kasih kepada Sifu Sheikh  kerana sudi mencurahkan ilmu crumble beliau. Pada 26/12/2010 saya dengan penuh semangat turun ke Shah Alam seawal 7.00am untuk ke teratak Sheikh untuk bercrumble dan dihantar oleh suami dan anak-anak. Nasib baik time ni cuti sekolah. Jadi Hubbylah yang tolong jaga baby. Kursus bermula jam 9.00am hingga jam 6.00pm. Walaupun jauh tapi sangat-sangat berbaloi bila dapat buat satu design ke satu design. rasa  tak nak berhenti bercrumble apabila sheikh kata. "Kita makan dulu" jam pada masa tu dah kol 1.30pm...masakan Kak Liza (Isteri Sheikh) pun best sangat.. bebaloi lah.. lepas makan kitaorang sambung balik, sedar tak sedar jam dah tunjuk kol 5.15pm. Masa ni tengah dok asyik  buat  DESIGN 4: CRUMBLE EXORA. crumble ni agak susah sikit dan ada satu lagi design yang blum start buat. masing-masing dah start kalut. mana taknye hubby masing-masing dah call. saya mintak ngan sifu untuk buat design yang terakhir. Crumble Organza. yang lain saya mintak ngan sifu buat homework kat umah..atas kesportingan sifu..akhirnya design crumble organza berjaya gak saya kuasai..dan selebihnya untuk renjisan bawak balik rumah. Tak kira malam ni nak sambung gak sampai siap. Hubby tetiba ajak makan kat luar nak makan bubur nasi katanya. Time ni plak cun-cun Malaysia lawan indonesia..adush..lama gak kita orang makan hingga dengar jeritan pelanggan  kat kedai ni pada gol yang ketiga. untuk Gol keempat balik sambung kat umah..berbeza ngan GOAL saya.. malam ni gak sy. nak siapkan crumble yang tak habis siang tadi..sanggup tidur lambat..akhirnya siap gak kelima-lima design yang Sifu Sheikh ajar....JOM Layan Hasil Crumble saya....


DESIGN 1: CRUMBLE ROSE

DESIGN 2: CRUMBLE TAPESTRY

DESIGN 3: CRUMBLE SEQUIN
 
DESIGN 4: CRUMBLE EXORA (Design ni lah yang paling susah dan buat kitaorang kalut)
 
DESIGN 5: CRUMBLE ORGANZA (Sempat buat sebelah bunga jer sebab masa dah tercedera sesangat time ni)

SESI BERGAMBAR DGN HASIL KERJA MASING-MASING

Last but not least...sekali lagi tq Sifu Sheikh atas tunjuk ajar.. dan skg saya sedang mulakan Projek Crumble Sheikh saya yang pertama kat baju sendiri. TUNGGU...HASILNYA!!!




Friday, December 10, 2010

Homemade Ramuan Tradisional ( Set Selepas Bersalin )

Homemade Ramuan Tradisional ( Set Selepas Bersalin )

Ramuan Tradisional ini merupakan satu hasil tradisi turun temurun keluarga yang mengekalkan ramuan asli tanpa bahan pengawet hasil daripada rempah-ratus dan tumbuhan-tumbuhan dari dahulu hingga sekarang. Ianya diproses dan dibuat sendiri oleh ibu mertua saya sendiri iaitu Puan Hajah Emma Zolkifli.


 Bedak Sejuk Muka
Kegunaan: Digaulkan bersama campuran air suam bersih dan disapu di wajah yang akan membantu proses menegangkan kulit muka di samping menghalus serta melicinkan kulit muka.


Param Pinggang & Pinggul
Kegunaan: Diambil 2 biji dan dibancuh bersama sedikit air suam serta disapukan dibahagian belakang pinggang dan punggung bagi merawat sakit pinggang serta menegangkan kulit dan memulihkan sistem saraf selepas bersalin.


Bedak Sejuk Badan
Kegunaan: Diambil 2 biji dan dibancuh bersama air suam dan dilumur serta disapu ke seluruh badan bagi menghalus dan melicinkan kulit badan disamping mengecutkan urat-urat yang kembang semasa bersalin. Seelok-eloknya digunakan pada waktu malam sebelum tidur dan tidak perlu dibilas dengan air.



Minyak Urut
Kegunaan: Minyak urut ini digunakan sebagai minyak bagi urutan seluruh badan untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh dan sakit badan.



Air Periuk
Kegunaan: Air periuk ini adalah ramuan campuran rempah-ratus. Ianya direbus dan diminum sebanyak 2 kali sehari bagi tempoh satu minggu untuk 1 bungkusan. Ianya adalah untuk membantu merawat secara dalaman ( mengecutkan rahim, membantu melancarkan pengaliran darah dsb ).



Irup Sirih
Kegunaan: Rempah sirih ini diambil 2 sudu serta dibancuh bersama air suam dan diambil 2 kali sehari iaitu sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam.




Irup Pegaga
Kegunaan: Rempah pegaga ini juga diambil 2 sudu serta dibancuh bersama air suam dan diambil 2 kali sehari iaitu sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Ianya adalah untuk melancarkan sistem perkumuhan beserta dengan awet muda.




Ma'jum
Kegunaan: Diambil pada bila-bila masa untuk kesegaran dan kecergasan badan serta membantu merapatkan kewanitaan.


Tempahan : Harga untuk satu set produk rawatan ialah RM400 (tidak termasuk kos penghantaran) Bagi sesiapa yang berminat mengetahui secara lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi 019 848 5955 (Puan Hajah Emma).

Terima kasih, wasallam.