Sunday, January 23, 2011

KAIN ELA TREND TERKINI, MURAH DAN CANTIK

KAIN ELA TREND TERKINI, MURAH DAN CANTIK


SALAM PEMBACA SEMUA....KALI INI SENTUHANSOFEA MEMBAWA ANDA UNTUK MENJAMU MATA SAMBIL BERSHOPPING DENGAN KAIN ELA MURAH. KEPADA YANG BERMINAT BOLEH ORDER PADA KAIN YNG BELUM BERTANDA "SOLD OUT" MENGGUNAKAN EMAIL/SMS KEPADA;
SMS;019-2601899  EMAIL:sentuhansofea@gmail.com (SERIUS BUYER ONLY!!)

KAIN JACQUARD KOD:JCQ-035(1)HINGGA JCQ-035(10),4METER,BIDANG 45" HARGA RM35.00/SEPASANG (TIDAK TERMASUK HARGA POS)


SOLD TO KAK SENI ,KUALA LIPIS -TERIMA KASIH
SOLD 2 PN. NORKHAIRIZA-KUALA LUMPUR: TQ :-)
 

Also sold to Pn. Norkahiriza- dia ambik 2 pasang..thanks again


SOLD TO ZIELA-PAHANG


 


ZIELA PUNYA GAK- TRIMAS BEBANYAK


TERIMA KASIH N SILA KUNJUNGI LAGI..

Wednesday, January 19, 2011

SULAMAN MANIK-CRUMBLE BERRY

SULAMAN MANIK-CRUMBLE BERRY

Salam, hi, namaste, hello semua..
semalam sebelum balik kerja, sempat jenguk2 koleksi foto CFU Sheikh lam fb dia.. memang comei mmg cantik semua..CFU! u r great! memang tepat gelaran yg diberi oleh Kak WNMO dkt u-"King Of Crumbles". lTengah dok tengok2 tu tetiba dtg ilham nak buat crumble untuk anak..so sebelum hilang idea tu..sempatlah sy. lukis2 bodoh kat kertas. Balik umah jam dah kol 7.30pm..Jalan jem teruk! maklumlah Thaipusam esok lusa..mandi, makan ..relex jap ngan anak..lam kol 10pm ..TIME FOR CRUMBLE MUMBLE!.. Buat kat kain sample jer dulu..takut tak jadi....bila dah start..tgn tak nak berenti... last2 siap gak crumbel sy..pada jam 2.30am..fuh..mata pon podih..sampai kat off..mata bengkak ...berdenyut....penangan crumble ni! Saya namakan Crumble Berry sebab cadangnyer nak wat kat baju ank2 nanti.. Jom tengok apa dah jadi ngan Cumble Berry saya ni ha..
MASA NI ..SOALAN YG BERMAIN DI FIKIRAN..AII..JADI KE TAK CRUMBLE AKU NI..
KOL 2.30AM..INILAH HASILNYA..SAMPAI NAIK KETOMBET MATA SAYA.



Bila tengok n diamati..ok gak la...ini design yg kedua sy. selepas Coral Stones Crumbles. Saya namakan design ni Crumble Berry coz rasa cam cute jer lau bebudak pakai..(perasan..lak aku ni yek). Anyway sekali lagi Thanks 2 CFU Sheikh yg mengajar teknik Crumble..n daripada gambar2 dia yg cecantik tulah tercetusnya idea saya nak buat design ni...

Wednesday, January 12, 2011

CORAL STONES CRUMBLE BEADS

CORAL STONES CRUMBLE BEADS

Hai semua..
Teruja, gembira n syok sediri kot.. sebab apa? Sebab berjaya hasilkan design crumble ciptaan sendiri dan dinamakan CORAL STONES CRUMBLE BEADS.. crumble ni ambik masa 10 jam-satu hari, start hari sabtu ptg sampai kol 3pagi pastu sambung balik jam 9pagi ahad sampai kol 1.30 tghari. Pastu dah nak kemas-kemas balik KL.  Sempat buat kat lengan baju jer , tak sempat nak buat renjisan sebab dah tak larat n terpaksa siapkan jugak untuk dipakai oleh adik untuk attend kursus kat Kedah sempena sambutan Jubli Perak GIATMARA bertempat di GIATMARA Prima Kubang Pasu bermula 10/1/2011 hingga 15/10/2011. Baju dijahit oleh mak. Masa ni kat kampung . Layan jer ler ek.. kalau sapa-sapa yang singgah n tengok... sudi-sudilah komen n bagi pandangan yang membinalah..sekurang-kurangnya dapat gak saya upgrade skill saya..jom layan..


Siap sebelah tangan jam 3 pagi
sambung lagi sebelah tangan esoknya jam 9pagi
Fuh!!! Alhamdulillah berjaya sispkan 2 tangan..


Ingat nak renjis..tapi masa tak izinkan. So inilah saja hasilnya.. Harap adik puashati..sbb masa dah siap ni,  dia x de.





Tuesday, January 11, 2011

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN SECARA  C-ZOR

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN SECARA C-ZOR



Salam Semua,
Kali ini saya nak kongsikan pengalaman bersalin anak ketiga juga beberapa tips menjaga luka cesarean.(C-Zor). 
Kalau ikutkan due, dijangka akan bersalin pada 14/11/2010. walaubagaimanapun pada 12/10/10 waterback dah pecah dan saya telah dimasukkan ke labour room. diperam selama tiga hari tiga malam sebab jalan masih belum terbuka. induce pun dah tiga kali namun sy. tidak berasa sakit dan tiada kontraksi. 14/10/2010., Doktor meminta saya menandatangani surat persetujuan untuk c-zor, sebab air ketuban dah kering dan induce pun dah tiga kali. so tepat jam 3.15pm aku selamat melahirkan Seorang lagi Puteri seberat 2.7 kg secara  cesarean. Ini bermakna kali kedua aku telah di c-zor. hari pertama  belum rasa apa2 sakit, sebab tiada pergerakan yang dilakukan semuanya misi yang buat. Baby pun misi yang jaga cuma hari kedua misi bawak baby untuk menyusu. Semuanya misi masih buat termasuk mandikan aku. Hari ketiga  doktor datang buka balutan c-zor.. bermulalah era kena buat sendiri.. ingatkan dah boleh balik..ropenya terpaksa tangguh coz baby lak kene kuning. hari ni Doc minta aku belajar gerakkan badan sendiri lak..ha..part nilah yang gerun sikit ..bila tabung air kencing dah dibuka...mandi pon kene sendiri..nak nangis pon ada..aku tanya doktor boleh tak nak pakai bengkung supaya senang nak gerak.. sebab masa anak pertama dulu (also c-zor) aku pakai bengkung..senang nak bergerak n kurangkan rasa sakit.. hurm.. tak sangka lak Dr. benarkan dan dia yang tolong aku pakaikan. Hari keempat.. sakit c-zor bukan main lagi sebab tersalah gerak masa nak nyusu baby..fuyo... sakitnya boleh tahan rasa cam nak terkencing pon ada...post lam FB by phone.. ramai yg bagi feedback...antaranya yag paling aku berkenan..makan IG6 -Elken untuk luka dalam sebanyak 100biji sehari  disamping aku sapu Minyak Sapu Ajaib pak usu pada luka tu.. Alhamdulillah.. luka c-zor cepat bercantum dan sakit kat dalam pon tahan. Jadi kat sini..based kepada pengalaman sy. dan beberapa bacaan ttg  penjagaan luka c-zor ni, suka sy. nak kongsi beberapa tips untuk dimanfaatkan bersama. sebenarnya tak susah nak jaga luka c-zor, cuma yang penting adalah disiplin didalam melakukanya disepanjang tempoh berpantang :
  1. Part yang paling kene jaga kalau bersalin c-zor adalah bahagian luka, kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan. 
  2. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka  dengan tuala yaang bersih secara lembut (pedap-pedap) kalau nak lagi bagus keringkan  dengan pengering rambut(hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah. sesetengah org. guna kipas angin ..Tapi Ingat!!! PASTIKAN KIPAS ANGIN ANDA BEBAS DARI HABUK DAN DEBU!! ini kerana, kipas yang berhabuk dan berdebu akan menyebabkan jangkitan kuman pada luka dan boleh bernanah (kita tak nampak debu dan habuk tu terbang) 
  3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan  setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, kita juga boleh dapatkannya di farmasi. saya guna Minyak Sapu Ajaib sepanjang tempoh berpantang dan sehingga sekarang.
  4. Pakai bengkung yang panjang melepasi pinggul supaya senang nak bergerak terutama aapabila kita berjalan. Bengkung plak pilih yang jenis strap- senang nak pakai,. Banyak jual kat kedai /online. Salah satu bengkung yang dijual secara Online adalah bengkung Moden ( www.bengkungmoden.com).  Pastikan tiada pertindihan kulit perut di atas luka c-zor bagi elakkan berpeluh dan tempat c-zor menjadi lembab. Seeloknya gunakan TISU GULUNG  untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian luka czor. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung  semula.
  5. Dorktor dan Misi melarang saya dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. 
  6. Elakkan daripada mengangkat barang-barang yang berat kerana  luka cesarean memerlukan masa untuk sembuh.  walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali kita akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan mengangkat barang yang berat.
Last but not least, Jangan lupa makan Ikan Haruan semasa dalam pantang. buat sup ke, goreng ke, bakar lagi bagus sebab tak de minyak. Ikan Haruan adalah Penyembuh luka paling baik. (Saya makan ikan haruan + IG6- Alhamdulillah badan cergas dan c-zor tak sakit). Juga, Jangan lupa dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat komplikasi lain. Semoga  tips yg diberikan ini  boleh dimanafaatkan bersama.
SULAM MANIK TABUR SANG PUTERI

SULAM MANIK TABUR SANG PUTERI


Salam sayang buat semua,
Saja nak kongsi.. Dua bulan sebelum raya 2010 hari tu saya sempat jahit baju 2 puteri kesayangan dengan tema color kuning. Material kain yang dipilih adaklah jenis plain satin sama ngan baju melayu sang bapa. bak kata kawan-kawan saya tak sah kalau baju saya atau anak2 tidak bermanik. berkebetulan saya sedang belajar jahit manik secara online dengan www.sri2u.com so, apa yang dah dipelajari diapplykan pada baju sang puteri. masa ni tengah sarat mengandung, kepala ligat pusing nak jahit manik jenis apa yang simple dan senang, sesuai dengan keadaan saya dan tambahan saya ni baru jer berjinak ngan manik. pikir-punya pikir teknik paling senang dan cepat adalah manik tabur. Alhamdulillah siap jugak  sulaman manik kat baju kedua puteri saya walaupun tak seberapa tapi ok lah pada org yang baru belajar cam saya nikan..Layan jer lah...
Kakak punyer..dia taknak batu -batu mcm adik..jadi sy. boh kristal diamond jer..plus ngan manik 4 segi

Ini adik punyer..dia tak kesah ..."time acih .ibu jait manik baju adik"..katanya..dlm telo..


Baju Kakak - Raya 2009
Lengan baju kakak
Ini adik punye...ringkas sikit dari kakak...biasalah..adik kene beralah.


Monday, January 10, 2011

SULAMAN MANIK CRUMBLE EXORA (SHEIKH)

SULAMAN MANIK CRUMBLE EXORA (SHEIKH)

Salam sayang buat semua,
Alhamdulillah akhirnya projek crumble pertama saya berjaya disiapkan. Ambik masa kira-kira 2 minggu untuk siapkan..maklumlah ngan kerja, rumah, anak dan baby..walaupun tak seberapa tapi kira oklah orang macam saya yang baru belajar ni..insyaallah dalam bulan mac nanti nak buka untuk tempahan....he3. sekali lagi saya nak say thank to cfu sheikh..atas tunjuk ajar yang diberikan.




Buat tali air keliling lengan

Mula bercrumble


Akhirnya -inilah hasilnya...