Tuesday, January 11, 2011

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN SECARA C-ZOR



Salam Semua,
Kali ini saya nak kongsikan pengalaman bersalin anak ketiga juga beberapa tips menjaga luka cesarean.(C-Zor). 
Kalau ikutkan due, dijangka akan bersalin pada 14/11/2010. walaubagaimanapun pada 12/10/10 waterback dah pecah dan saya telah dimasukkan ke labour room. diperam selama tiga hari tiga malam sebab jalan masih belum terbuka. induce pun dah tiga kali namun sy. tidak berasa sakit dan tiada kontraksi. 14/10/2010., Doktor meminta saya menandatangani surat persetujuan untuk c-zor, sebab air ketuban dah kering dan induce pun dah tiga kali. so tepat jam 3.15pm aku selamat melahirkan Seorang lagi Puteri seberat 2.7 kg secara  cesarean. Ini bermakna kali kedua aku telah di c-zor. hari pertama  belum rasa apa2 sakit, sebab tiada pergerakan yang dilakukan semuanya misi yang buat. Baby pun misi yang jaga cuma hari kedua misi bawak baby untuk menyusu. Semuanya misi masih buat termasuk mandikan aku. Hari ketiga  doktor datang buka balutan c-zor.. bermulalah era kena buat sendiri.. ingatkan dah boleh balik..ropenya terpaksa tangguh coz baby lak kene kuning. hari ni Doc minta aku belajar gerakkan badan sendiri lak..ha..part nilah yang gerun sikit ..bila tabung air kencing dah dibuka...mandi pon kene sendiri..nak nangis pon ada..aku tanya doktor boleh tak nak pakai bengkung supaya senang nak gerak.. sebab masa anak pertama dulu (also c-zor) aku pakai bengkung..senang nak bergerak n kurangkan rasa sakit.. hurm.. tak sangka lak Dr. benarkan dan dia yang tolong aku pakaikan. Hari keempat.. sakit c-zor bukan main lagi sebab tersalah gerak masa nak nyusu baby..fuyo... sakitnya boleh tahan rasa cam nak terkencing pon ada...post lam FB by phone.. ramai yg bagi feedback...antaranya yag paling aku berkenan..makan IG6 -Elken untuk luka dalam sebanyak 100biji sehari  disamping aku sapu Minyak Sapu Ajaib pak usu pada luka tu.. Alhamdulillah.. luka c-zor cepat bercantum dan sakit kat dalam pon tahan. Jadi kat sini..based kepada pengalaman sy. dan beberapa bacaan ttg  penjagaan luka c-zor ni, suka sy. nak kongsi beberapa tips untuk dimanfaatkan bersama. sebenarnya tak susah nak jaga luka c-zor, cuma yang penting adalah disiplin didalam melakukanya disepanjang tempoh berpantang :
  1. Part yang paling kene jaga kalau bersalin c-zor adalah bahagian luka, kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan. 
  2. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka  dengan tuala yaang bersih secara lembut (pedap-pedap) kalau nak lagi bagus keringkan  dengan pengering rambut(hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah. sesetengah org. guna kipas angin ..Tapi Ingat!!! PASTIKAN KIPAS ANGIN ANDA BEBAS DARI HABUK DAN DEBU!! ini kerana, kipas yang berhabuk dan berdebu akan menyebabkan jangkitan kuman pada luka dan boleh bernanah (kita tak nampak debu dan habuk tu terbang) 
  3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan  setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, kita juga boleh dapatkannya di farmasi. saya guna Minyak Sapu Ajaib sepanjang tempoh berpantang dan sehingga sekarang.
  4. Pakai bengkung yang panjang melepasi pinggul supaya senang nak bergerak terutama aapabila kita berjalan. Bengkung plak pilih yang jenis strap- senang nak pakai,. Banyak jual kat kedai /online. Salah satu bengkung yang dijual secara Online adalah bengkung Moden ( www.bengkungmoden.com).  Pastikan tiada pertindihan kulit perut di atas luka c-zor bagi elakkan berpeluh dan tempat c-zor menjadi lembab. Seeloknya gunakan TISU GULUNG  untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian luka czor. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung  semula.
  5. Dorktor dan Misi melarang saya dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. 
  6. Elakkan daripada mengangkat barang-barang yang berat kerana  luka cesarean memerlukan masa untuk sembuh.  walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali kita akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan mengangkat barang yang berat.
Last but not least, Jangan lupa makan Ikan Haruan semasa dalam pantang. buat sup ke, goreng ke, bakar lagi bagus sebab tak de minyak. Ikan Haruan adalah Penyembuh luka paling baik. (Saya makan ikan haruan + IG6- Alhamdulillah badan cergas dan c-zor tak sakit). Juga, Jangan lupa dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat komplikasi lain. Semoga  tips yg diberikan ini  boleh dimanafaatkan bersama.

SHARE THIS

Facebook Comment

0 ulasan:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.