Sunday, November 28, 2010

JAHIT BAJU KURUNG KANAK-KANAK


Salam semua..seperti yg dijanjikan dalam post sebelum ini...dihadiahkan kepada pembaca semua yang meminati bidang jahitan untuk sama-sama berkongsi cara-cara menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak. Nota ini dibuat semasa saya menjahit baju raya untuk kedua-dua puteri saya..ambil masa agak lama untuk siapkan nota ni..sebab masa gambar-gambar tu diambil saya sedang mengandung..dan sekarang baru siap dan boleh dikongsikan bersama pembaca semua.. Patutlah masa mengandung hari tu saya gila nak menjahit jer..jahit maniklah, jahit baju lah..rupenya nak dapat sorang lagi Puteri..So, sekarang ini saya dah miliki  Tiga orang Puteri..cukup korum untuk jadi Power Puff Girls...Next..saya cuba buat nota baju gaun kanak-kanak lak...InsyaAllah..
Cara ini mungkin berbeza dengan cara anda..so sama-samalah kita kongsikan... Layan.....


POLA BAJU


0-1            :Sama ukuran 2-3 : Ukuran Labuh Baju
1-A      : Labuh Baju Hadapan turunkan 1 inci dan bentukkan guna pembaris curve
0-2             : Sama ukuran 1-3 setengah ukuran bahu
2-4      : Sama ukuran 7-5; Ukuran Lubang lengan
2-7      : Ukuran Labuh tangan
5-6      : Naikkan ½ inci & bentukkan guna pembaris curve
5-8      : Masukkan  ½ inci- bentukkan guna pembaris curve
4-9      : Lebar Pesak atas 1 ¾” , 2”,2 ½” ,3” (Pilihan)
3-11    : Lebar pesak bawah 3”, 3 ½”, 4” (pilihan)
11-10  :  Naikkan 4 inci dan garis lurus dan
9-10    : Cantumkan garisan menjadi pesak

POLA LUBANG LEHER


GTB         : Garisan Tengah Bahu
GBB         : Garisan Belakang Bahu naikkan ½ inci
Lebar      : 1/6 Ukuran Leher
Panjang  : 1/6 Ukuran Leher + ¾ inci
Contoh    :  Ukuran lilit leher
                :- 12/6 = 2” + ¾"
Panjang   = 2 ¾” +  ½” (bhg. Blkg bahu)
Panjang keseluruhan        =  3 ¼”



LANGKAH-LANGKAH  : MEMOTONG

1. Ukur Labuh Baju + 1 1/2" basi & Tandakan

2. Ukuran 1/2 bahu + basi 1/2" & lipatkan

          
3. Bahagian hadapan baju, turunkan 1" dan bentukkan menggunakan pembaris curve kemudian guntingkan ikut garisan yang telah dibuat.

4. Bahagian badan baju yang telah siap dipotong

5. Ukuran Labuh Tangan + basi 1/2" pada bahagian Badan dan basi 1" pada bahagian hujung Tangan

6. Pada bahagian hujung lengan masukkan 1/2" dan naikkan 1/2". Kemudian bentukkan menggunakan pembaris curve untuk dapatkan bentuk yang cantik (Rujuk Pola Baju)

7. Bahagian Tangan baju yang telah siap dipotong

8. Pesak baju dipotong seperti rajah diatas. Bagi baju kanak-kanak, Pesak dipotong secara bercantum dan dibelah sedikit di bahagian atas mengikut ukuran Kekek iaitu lebih kurang 3"/4"  bertujuan untuk mencantumkan dengan kekek.
8a. Ukuran Lebar Pesak atas adalah 2" termasuk basi 1/2" manakala ukuran pesak bawah adalah 3" + 1/2" (basi) = 3 1/2".
8b. Ukuran Labuh Pesak = Labuh baju -luas lubang lengan + basi atas (1/2") + Basi bawah (1 1/2"). Contoh: Labuh Baju 27" , Luas Lubang Lengan= 6"
               :- 27" - 6" = 21" + 1/2" + 1 1/2" = 23 Inci (labuh Pesak)

9. Pesak yang telah siap dipotong



10. Kekek dipotong empat segi sama sebanyak 2 keping = 3" termasuk basi 1/2".

LANGKAH-LANGKAH : MENJAHIT
1. Jahit tepi (overlock) semua bahagian yang telah dipotong

2. Tanda/gariskan bahagian bahu dan lipat dua bahagian badan baju secara memanjang dan gosokkan

3. Buka lipatan dan  tandakan tengah-tengah bahagian badan baju untuk jahit lubang leher

4. Ambil lubang leher yang telah dijahit dengan kertas gam dan pinkan ke bahagian badan baju. Pastikan lapik luar bertemu dengan bahagian luar badan baju.

5. Jahitkan ikut lakaran leher yang telah dibuat. setelah selesai, guntingkan tengah-tengah bulatan leher

6. Guntingkan tengah-tengah lubang leher seperti gambar diatas dan snipkan untuk mendapatkan bentuk yang cantik

7. Terbalikkan dan gosok/tekan dengan iron

8. Lubang leher yang telah siap dijahit

9. Ambil bahagian pesak yang telah dijahit tepi

10. Cantumkan dengan kekek di bahagian tengah atas yang dipotong kiri dan kanan

11. Selesai mencantum kekek, lipat dua pesak dan jahitkan bahagian tengah pesak lebih kurang 1/4" @ 1/2"

12. Pesak dan kekek yang telah siap dicantum. ulangi langkah 9-11 bagi menjahit pesak sebelah lagi.

13. Cantumkan pesak yang telah siap dijahit dengan lengan baju kiri dan kanan

14. Jahitkan lengan baju dari ketiak sampai hujung lengan

15. Pesak dan lengan baju yang telah siap dicantum kiri dan kanan

16. Cantumkan pesak kiri/kanan ke badan baju kemudian jahit sembat mesin bahagian hujung tangan dan bawah baju

17. Hujung lengan baju yang telah siap disembat.

18. Akhirnya siaplah baju kurung kanak-kanak. 

Hurm...dah siap pakai pada hari Raya Aidilfitri (2010) hari tu.


SELAMAT MENCUBA!!!!






































SHARE THIS

Facebook Comment

2 comments:

  1. Menarik. Cepat dan ringkas penerangannya.

    ReplyDelete
  2. salam.. kenapa gambar x dapat tgk yea.. ade logo no entry..

    ReplyDelete

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.