Saturday, August 7, 2010

Belajar Jahit Manik

Salam Semua,

Ramadhan dah hampir tiba, ini bermakna Aidil Fitri juga akan menjelma selepas kita menamatkan ibadah puasa. Justeru saya percaya ramai dikalangan ibu-ibu telah pun menempah baju raya seawal bulan Mac lagi. ini kerana kebanyakan tailor yang saya kunjungi telahpun tidak menerima tempahan lagi buat masa sekarang.  Saya cuma sempat tempah sepasang sahaja baju raya tahun ni sebabnya badan pun dah berubah saiz.. lepas raya nanti baru slim balik...sekarang tengah sarat mengandung.. tapi hal ini tidak menjadi penghalang untuk saya menjadi ibu bergaya di pagi lebaran.
Dengan sedikit kemahiran yang ada saya bercadang nak jahit sendiri baju untuk sang puteri yang dua orang ni.. dan bercadang nak jahit manik... 

Cari punya punya cari, saya teringat kepada SriClassic2U. Saya ada CD jahitan manik dan telahpun membuat pembelian Buku Koleksi Sulaman Manik yang diterbitkan oleh Alaf 21. CD dan buku ini banyak membantu saya untuk manambah kemahiran saya dalam bidang jahitan manik, Saya juga baru sahaja membuka laman web SriClassic2U  saya sangat kagum dan gembira serta teruja dengan perkembangan dan kejayaan yang dikecapi oleh SriClassic Akademi  dan dalam diam saya telah menanam azam untuk menjadi seperti SriClasic suatu hari nanti. Tahniah kepada pengasas Sri Classic- Pn. Nusyahida n team.  

Bagi Penggemar sulaman manik , suka saya untuk berkongsi dengan semua pembaca 45 step teknik Sulaman Bunga Kenanga yang saya perolehi daripada web SriClassic secara percuma. Nota yang diberi adalah sangat mudah difahami dan dipraktikkan, saya bercadang untuk membuatnya pada baju raya dua puteri saya untuk lebaran nanti dengan menggabungkan beberapa teknik sulaman manik yang lain. Kepada pembaca yang berminat untuk mendapatkan nota ini bolehlah memuaturun dari  laman web - www.sri2u.com

Sekiranya berpeluang , saya akan memuatkan cara-cara saya menjahit baju dua puteri saya ke blog ini untuk tatapan semua.

Selamat berpuasa & Selamat Mencuba









SHARE THIS

Facebook Comment

0 ulasan:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.