Saturday, September 25, 2010

Minyak sapu Ajaib, Mujarab dan terbukti berkesan!!!!!

Salam Semua..
Alhamdulillah..selesai sudah kita berpuasa dan sekarang masih dalam mood raya. Alhamdulillah pada tahun ini saya dapat penuhkan puasa sebulan walaupun tengah sarat. Sementara tunggu azan subuh ni, teringat pulak nak menulis dalam blog, nak kongsi pengalaman dengan pembaca semua. Masuk hari ni usia kandungan saya dah masuk 33 minggu. Dalam keadaan sarat mengandung macam ni macam-macam sakit ada.. lenguh kaki usah ceritalah..kekadang sebelum tidur tu.. mintak tolong anak-anak urutkan kaki guna Minyak Sapu Ajaib ... Alhamdulillah setakat ni.. minyak ni lah yang jadi penawar lenguh badan.. .. Minyak ni sesuai untuk semua peringkat umur daripada bayi sampailah dewasa. Minyak ni sebenarnya dibuat dan dipiroses sendiri oleh Bapa Saudara saya di Kelantan dan dipasarkan di Johor dan Singapura.

Dua minggu sebelum berpuasa anak saya yang kedua  tersembam di Jusco.. sementara menunggu bapak dia ambik kereta kat parking, dia berlari-lari ngan kakak dia..tak sempat nak halang dalam beberapa saat saya tengok dia dah tersembam.. pecah bibir.. darah banyak giler keluar... masa tu.. . panik usah citer ler ...saya mintak tolong anak sedara gi ambik ais ketul dekat Star Buck Cafe nak bagi kurang darah kuar..tapi tak juga berenti..org keliling yang memerhati pun turut simpati, ada yang offer tisu lagi...dalam hati mesti kene marah ngan bapak dia ni...sampai je bapak dia...memang le kene marah..tapi apa leh buat..perkara dah nak terjadi..bukan tak jaga...bebudak katakan.. Balik rumah saya terus ambil minyak  sapu  ajaib dan sapu kat mulut dia..mulanya memang agak pedih ..saya selang seli ngan tekap ketulan ais...nak bagi hilang bengkak... dalam masa 2 hari luka dan bengkak hilang.. adik dah boleh menyusu botol macam biasa. Bagusnya minyak ni jugak dia tak bahaya kalau tertelan pun.. bagi sesiapa yang banyak angin dalam badan boleh amalkan meminumnya dengan menitikkan tiga titik minyak ni dalam air sesuku gelas, selawat 3 kali lepas tu minum.. InsyaAllah dalam masa 15 minit.. anda akan terasa nak buang angin . Saya dah pernah buat.. masa tu Allah sahaja yang tahu  betapa siksa dan sakitnya menangung beban angin tak leh kuar... dah makan ubat gastrik .. tak jalan... urut pun tak jalan..masa ni saya kat rumah bapa sedara yang proses minyak ni.  Mak dan bapa saudara dah mula risau tengok keadaan saya masa tu...berpeluh-peluh dan pucat muka menahan sakit.. bapa sadara  minta saya cuba minum minyak ajaib tu.. pada mulanya saya tak berapa nak lalu minum ubat-ubat..ni tapi dek kerana dah tak tertahan.. minum jugak.. dengan izin Allah tak sampai lima belas minit angin dalam badan keluar bertubi.. terasa lega sesangat..terasa perut yang buncit masa tu jadi kempis.... selain daripada itu, minyak ini sangat mujarab untuk luka dan bengkak, juga kalau kita terpijak paku.Testimoni dah dibuat oleh bapa sedara saya sendiri  dengan meramas kaca, tangan dia tak luka sebab dilumur ngan minyak ni sebelum meramas kaca tu, kalau anda yakin anda boleh cubanya sendiri..

Untuk kaum ibu juga, minyak ini boleh digunakan untuk sapu pada luka bersalin..saya dah buat untuk anak kedua...pedih memang pedih tapi luka cepat sembuh..tak sampai seminggu luka bersalin sembuh sepenuhnya..cubalah.

Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan minyak ni boleh hubungi saya melalui sms atau call pada   no. 019 2601899...harga sebotol RM12.00 tidak termasuk pos.. ramai kawan-kawan saya dah pakai minyak ni. setakat hari ni.. Alhamdulillah respon yang  diterima semuanya positif... 



SHARE THIS

Facebook Comment

0 ulasan:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.