Sunday, September 26, 2010

TIPS MENGELAKKAN BUASIR KETIKA HAMIL

Masalah buasir sering terjadi kepada wanita hamil. Bagi seseorang yang pernah mengalaminya sebelum kehamilan, berkemungkinan akan mengalami masalah ini ketika hamil. Apabila masalah ini wujud , ia membuatkan kita berasa tidak selesa untuk melakukan rutin harian juga untuk bersama suami. Buasir kepada wanita hamil berpunca daripada :



  • Ukuran Janin yang semakin Membesar-keadaan ini menyebabkan janin menolak sejumlah pembuluh darah disekitar perut dan pinggul. Ia memperlahankan aliran darah yang jumlahnya semakin meningkat sepanjang kehamilan.
  • Beban ibu semakin bertambah-Tekanan yang diberikan oleh kandungan terhadap saraf-saraf sekitar pelvik menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Akibatnya saraf tersebut membengkak
  • Perubahan Hormon- Pengaruh hormon semasa hamil menyebabkan mereka cenderung mengalami masalah buasir. Ketika itu, dinding dan injap urat yang berada disekitar dubur menjadi tegang. Pengaliran darah menjadi perlahan lalu mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.
  • Sembelit - Gangguan ini boleh terjadi kerana pengaruh zat besi yang diambil selama hamil untuk mencegah anemia.
  • Gerakan fizikal yang terbatas - Keadaan sedemikian menyebabkan usus 'malas' untuk menjalankan fungsinya.
Bagi ibu-ibu hamil yang menghadapi masalah ini beberapa langkah berikut boleh diamalkan
  • Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian bermasalah beberapa kali sehari.Ini kerana ais dipercayai boleh mengurangkan bengkak.
  • Rendam punggung dalam air suam
  • Bersihkan kawasan bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Boleh juga guna tisu lembab /berubat yang direka khas untuk buasir
  • Dapatkan ubat-ubatan daripada doktor pakar.
Buasir boleh dielakkan dengan mengamalkan amalan berikut:
  • Banyakkan mengambil makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Memperbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangya 2 liter sehari. 
  • Biasakan membuang air besar  pada waktu-waktu tertentu seperti  di pagi hari, sebelum membuang air besar , amalkan minum air suam.
  • Minum yogurt atau susu berkultur yang dapat merangsang kerja-kerja usus agar lebih aktif. jika timbul keraguan, segera dapatkan nasihat doktor.
  • Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki, gerakan membantu otot-otot dalam sistem pencernaan menolak sisa makanan ke bahagian dubur
  • Semasa mengembangkan usus, cubalah bertenang dan jangan meneran.
  • Kerap melakukan senaman pelvik (kemutan), untuk membantu meningkatkan peredaran darah pada kawasan tersebut.
  • Jangan duduk terlalu lama , berehat seketika dengan berjalan-jalan selepas duduk untuk satu tempoh yang lama. Sekiranya anda berada dirumah, baring secara mengiring semasa tidur, membaca atau menonton untuk mengurangkan tekanan pada bahagian usus dan meningkatkan peredaran darah pada bahagian bawah badan.
Semoga tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu anda. Sumber maklumat diperolehi dari majalah Mingguan Wanita.





SHARE THIS

Facebook Comment

0 ulasan:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.