Sunday, May 25, 2014

JAHITAN MELOMPAT!!!


salam sayang semua,

Jahitan Melompat!!! aghhhh!! mesti kita pon rasa nak melompatkan ? nak2 time baju tengah menimbun time nilah jarum patah lepas tu jahitan melompat-lompatlah plak.. jom share tips of the days:


JAHITAN MELOMPAT

Punca;

  1.  Jarum Tak dipasang dengan Betul - Cek balik jarum yang dipasang pastikan lekuk ngan lepernya jarum tu diletakkan pada posisi yang betul.
  2. Saiz jarum yang salah- Pilih saiz jarum yang betul untuk kain yang tertentu. biasanya kiat akan pakai jarum saiz 11 atau 13 untuk kain kotton atau ciffon. untuk kain yang lebih tebal sila gunakan jarum yang lebih besar sikit yek.
  3. Cara gulung benang kat sekoci tak betul- pastikan benang yang digulung dan diletakkan dalam sekoci ikut arah yang betul. kalau terbalik memang jahitan akan melompat.
  4. Jarum tumpul- kadang-kadang dek kerana terlalu asyik dan banyak sangat jahit. jarum yang kita pakai dah tumpul. jadi tukarlah kepada jarum yang baru.
Kalau ada sesapa yang ada tips atau pengalaman lain boleh kongsi sama ye..tq baby..







hak cipta Sentuhan Sofea

SHARE THIS

Facebook Comment

0 ulasan:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.