![]() |
| Ala..tiannyer dia...hurmm..korang pon ngantuk jugak ke baca aku punya nukilan nieh..? |
Showing posts with label Billi lim. Show all posts
Showing posts with label Billi lim. Show all posts
Tuesday, June 14, 2011
Sambungan lagi........
18 Ogos 2009-Berani Gagal
Alamak!
Sedar-sedar dah jam 6.30 am, tu pun alarm
handphone suami yang berbunyi... dah lambat ni, cuba bangun, tak boleh, kepala
berdenyut-denyut, semput datang tiba-tiba..... rest sekejap dalam 5 minit, kuatkan diri untuk bangun solat subuh.
Alhamdulillah berjaya solat,... (he..he... ikut zon selesa memang dah terbabas le jawapnya).. lepas solat ingat nak
kemas pergi kerja... Allah maha kuasa, sekali lagi saya di uji dengan semput
yang makin kuat.... sempat sms boss, tak dapat masuk kerja... ingat
nak sambung tidur, rest.. hujung-hujung
nak tidur pun tak boleh, dek batuk dan sesak nafas.. ambik ubat, sedut gas yang
ada , rehat kejap, ternampak pulak buku Billi ni, hmmm..., alang-alang
anak-anak dan suami masih tidur, kuatkan diri, turun bawah, sambung baca bab
semalam-GAGAL! Ohw! hari ni saya gagal ikut salah satu plan yang saya dah tulis- pergi kerja. Sedang khusuk baca walaupun
terbatuk-batuk , bling! Terlintas di fikiran,
nak menulis, nak letak dalam portal JPU.
Plannya.... mula-mula nak buat cerita
bersambung-sambung macam yang kita buat zaman sekolah dulu, berkumpulan..,
seorang akan mulakan ayat pertama lepas tu yang lain-lain akan sambung jadikan
ianya sebagai satu cerita.. tapi, idea ni
boleh pakai ke? tuan-tuan boleh terima ke,? Ada sambutan ke? Kena gelak, malu
je..., itulah persoalan yang timbul dalam kepala saya, tapi bila teringat
kata-kata Billi dalam buku ni untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita kena
jadi berani gagal, berani gagal maksudnya kita kena berani mencuba , biar kita mencuba dan gagal tapi jagan gagal mencuba! Jangan jadi orang yang ”kia
su” maksudnya takut rugi/gagal. Wow! Saya dah berjaya memotivasikan diri saya
untuk menjadi berani gagal. Saya stop
baca sampai Bab 6- Nilai Gagal.
Sementara idea nak menulis dan semangat tak takut pada kia su ni, saya cari pen,
cari kertas, saya pun mula menulis...panjang jugak ye... tengah syok-syok
menulis ni, anak dan suami saya
bangun. Alamak! Apa jadi dengan
perancangan yang saya tulis semalam ye? Sekejap lagi kita akan tahu, saya kena
kemaskan anak-anak dulu, lepas ni nak kena pergi ziarah nenek pengasuh
anak-anak saya, sebab suami bagitahu nenek pengasuh call, anaknya meninggal pagi tadi, Innalillahiwainnailaihirajiun... sesungguhnya daripadanya kita datang
dan kepadanya jualah kita kembali. Dan sesungguhnya Allah itu maha
mengetahui, setiap kesakitan dan kesusahan yang diberi ada rahmatnya... dalam
hal ini, saya telah diberi Allah kesakitan dan dalam masa yang sama Allah
beri rahmat kepada anak-anak saya dan
nenek pengasuhnya, disebabkan saya mc
hari ni, jadi saya tak hantar anak saya kerumahnya, jadi dapatlah dia(nenek
Pengasuh) menumpukan sepenuh perhatian untuk menguruskan jenazah anaknya. Billi
Lim pun percaya perkara ini, katanya, setiap kegagalan itu pasti ada kejayaan
yang menanti kerana setiap kegagalan yang kita alami mengajar kita belajar
untuk mencari peluang yang lebih baik. Opps.. kena stop menulis.. nak berkemas
pergi klinik dan ziarah nenek pengasuh, orang berbudi kita berbahasa, yang
penting kita ikhlas,.. semoga roh anaknya dicucuri rahmat, itulah satu-satunya
anak nenek pengasuh dan itupun cacat(OKU). Disebabkan kekurangan itulah nenek
ini sangat menyukai kanak-kanak dan kanak-kanak termasuk anak saya amat menyayangi
nenek ini. Itulah kelebihan yang ada pada orang
tua ini yang bergelar nenek pengasuh oleh anak saya. Kekurangan itu ada
kelebihannya, cuma kita je yang tak sedar. Percaya atau tidak nenek ini dah
berumur lebih 60 tahun, tapi masih
mampu menjaga budak-budak seumur dua bulan hinggalah 12 tahun. Budak-budak yang dijaga oleh nenek
ini lebih dari 10 orang. Ini bermakna masyarakat setempat termasuklah saya
percaya yang nenek ini boleh menjaga
anak-anak mereka dengan baik. Maknanya, kata-kata Billi Lim dalam bukunya sedikit
sebanyak berkebetulan dengan kisah hidup kita. Itu yang menjadikan buku ini
begitu menarik bagi saya. Kalau Billi Lim menjadikan buku ”Think to grow rich” sebagai
buku yang menjadi sumber inspirasi kejayan beliau, tak musathil saya kan
jadikan bukunya sebagai buku yang menjadi sumber inspirasi untuk saya menapak
kejayaan dalam hidup saya, bermakna saya kena belilah buku ni. Opss! Belum
habis lagi.. saya pun belum khatam lagi buku ni, The journey is begin.....to be continue..;
“Jika Sesuatu Itu Gagal Sungguhpun Telah Dirancang Dengan Teliti Dan
Dilaksanakan Dengan Rapi, Kegagalan Itu Sering Menandakan perubahan Asas Yang
Telah Berlaku Dan Dengannya, Peluang Yang Wujud”
Peter Drucker
La...ropenyer setakat ni jer tulisan aku sebelum ni...nampaknyer lepas ni..kenelah aku mengarang lagi...sabor jer lah ek.. itu pon kalau korang rasa nak baca lagi lah
Monday, June 13, 2011
Perempuan Tak Boleh Jadi Boss!!?
sentuhansofea
5:19:00 PM
0 Comment
Billi lim
boss
boss.
celotehku
dare to fail
irfan khairi
motivasi
perempuan
Betul ke pompuan dok boleh jadi boss...hurm.. ada betul ada tak...sbb aku pon bos gak..ada yg suka aku ada yg tak suka aku..tak suka sbb aku garangke? kuat mengarah ke.. sebut pasal marah..hari ni memang aku hangin, borring, geram dan macam-mcam lagi..apa tak nyer ada sorang staff kesayangan aku ni.....aku marah kang.....dia kata aku kuat membebel..mana aku tak bebel..soh buat lain..lain yg dia buat..orang gitau lain..lain lak yg disampaikannya..ni seminggu aku cuti ari tu..dia pon cuti gak..dah lah tak g tau..sapa tah yg lulus cuti dia..hari ni baru nak sms giitau...cuti ambik dulu..plak tu seminggu tu...aku sendiri pon apply 6 bulan awal nak cuti seminggu dia.....hish... best betul jadi dia.....satu keje pon dia tak buat..mana leh tahan...!!! dah aku posa hari ni..free2 jer pahala posa aku...
hurm..aku percaya..ramai dikalangan korang kat luar sana pernah alami perkara ni samada jadi yang kene marah atau tukang marah..adoi..teringat lak satu kursus yg pernah aku attend dulu ' Jadilah bos bila tak de dicari dan diingat"..tapi kan.. camne nak jadi lagu tu..lau dapat staff yag *******..hampeh tollah.. consultant tu gak kata.."kita ibarat daging burger yg kat tengah2 tu..atas nak kene jaga , bawah pon nak kene jaga" Habih! kita sapa nak jaga???? hurm lu pikir lah sendiri..
sebelum terlupa.. sambung balik citer aku sebelum ni..layan jer la ek..
18 Ogos 2009-Momentum
Tepat
jam 5.00am saya terjaga dari tidur, ingat nak sambung tidur lagi sikit, sebab
biasanya alarm handphone saya akan
berbunyi pada jam 5.30am. pusing kiri, pusing kanan.. masih tak boleh juga
lelap, aduh! ruginya rasa tidur aku...kenapa agaknya ye.. biasanya time pagi le kita senang nak tidur
semula sebabnya time ni kata mak saya
setan memang suka bergayut kat
kelopak mata.. lepastu dia selimutkan kita dengan selimut ba alif ba ya (Babi)..
hmm.. baru saya teringat, sebelum tidur semalam saya telah mengaktifkan minda bawah sedar saya dengan
mewujudkan momentum yang telah saya
ciptakan semalam iaitu menulis perancangan saya untuk hari ini. Dengan semangat dan momentum yang ada ni saya langsung
berkemas dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Musim H1N1 ni kena pakai musk...saya pula tak berapa nak sihat
hari ni, tapi yang bestnya saya dapat
keluar awal dari rumah- 6.30am! suami terkejut dan agak pelik campur bengang, maklumlah biasanya saya akan keluar dari rumah paling
awal jam 6.50am, kalau tak, biasanya jam
7.00am atau 7.30am, tu yang sampai pejabat semput-semput jam 8.00am. Dalam
keadan hairan suami bertanya kenapa hari ni awal sangat? saya jawab motivasi
dan momentum baru. Suami pelik dan masih tertanya-tanya. saya biarkan saja
persoalan itu. Sampai pejabat jam 7.14am, wow! Awalnya! Rakan pejabat yang
biasa datang awal bertanya, “hai kak, awal hari ni, ke saya yang lambat?” saya
jawab dengan senyuman.
Fuh....
macam nak mula hari baru je rasa hari ni.. walaupun tak berapa sihat. Teringat perancangan yang dah ditulis semalam...
tangan saya dengan lajunya terus membuka komputer dan mengemas meja sikit-sikit,
terus semak apa yang patut dibuat pada hari ni, ikut perancangan. Eh.. betul
kata Dr. Irfan, dahulukan yang susah pada waktu pagi, yang lain yang
senang atau tak berapa penting kita delegate
kan pada orang lain. Amazing!... saya
percaya semua orang tahu dan dah biasa dengar kata-kata ini iaitu mulakan kerja
anda pada waktu pagi kerana pagi membawa rezeki. Saya juga percaya semua orang
telah merancang apa yang perlu dilakukan setiap hari, cuma apa yang mebezakan
kebanyakan orang akan merancang di dalam kepala dan tidak didokumenkan atau ditulis.
Apa yang kita biasa buat, kita dokumenkan perancangan kita dalam otak kita.
Kalau tengok cerita P. Ramlee... tengah-tengah dok ingat , tersepak batu jadi
lain pulak ceritanya.. itulah dia kita sekarang ini, sebenarnya kita dah
terbiasa dengan keadaan itu, dokumenkan di fikiran, bak kata Dr. Irfan; kita
telah berada di zon selesa untuk
keluar dari zon tersebut, kita kena paksa
diri kita untuk keluar dari zon tersebut. Beliau mencadangkan agar kita menulis
perancangan kita setiap hari agar apa yang kita ingin lakukan tidak tersasar.
Yap.! Saya dah buat langkah pertama seperti yang dicadangkan oleh Dr. Irfan. Percaya
atau tidak, saya bejaya siapkan tugasan utama saya sebelum tengahari.
Waktu
rehat, saya turun ke bawah. Biasanya kalau dah turun tu, dekat-dekat jam 2.00pm
ataupun kadang-kadang terlajak, baru masuk balik. Tapi hari ni saya rasa macam
panjang sangat masa, tengok jam baru jam 1.20pm. saya nak buat apa ye? Tiba-tiba teringat Library MARA. Agak-agak kat situ ada tak buku Dare to Fail? Dengan masa
yang ada saya ajak rakan untuk temankan saya, sebab saya belum ada kad Library. Nasib sebelahi saya, buku yang
saya cari tu ada, dalam version
melayu pulak tu. Wow! Seronoknya, paham-paham je lah kan.. kalau dalam english.. baca mukasurat pertama tak
sampai 10 minit saya gerenti dah mengantuk, bila dapat buku tu, perkara pertama
yang terlintas, ya ampun... tebalnya, boleh ke saya habiskan buku ni dalam
sehari? Dr. Irfan... hmm.. Dr. Irfan lagi... sorry le... sebab semalam kan baca buku Dr. Irfan, jadinya.. nama dia je ler yang saya tau... Dr.
Irfan kata dalam bukunya; baca buku sekurang-kurangya satu(1) jam sehari/satu(1)
buku sehari, sebab katanya para ilmuan dan para jutawan membaca banyak buku
sebelum diaorang berjaya di tempat sekarang. Ha! Bukan senang nak jadi
jutawan. Dah jadi jutawan pun mereka
masih tak jemu-jemu menuntut ilmu
pengetahuan, ada tu sampai sanggup membayar RM15,000 buka RM15, untuk
mengahadiri satu seminar. Kita ni, yang belum berjaya, nak baca buku/beli buku
harga RM39.90 pun .. berkira (saya lah tu). Ok, balik pada tugasan harian saya, Alhamdulillah.. tugasan hari ni
berjalan seperti yang ditulis dalam perancangan semalam, malahan saya sempat
buat extra work lagi.. saya sempat
berjumpa dengan Pegawai PUSMA Wilayah K.Lumpur, berbincang tentang
program-program usahawan yang boleh kita joint.
Balik rumah
macam biasa, naik bas, tambang teksi sekarang ni melampau betul! Nak sampai ke
rumah saya dari SOGO RM20.00, fuh! Kalau sebulan dah berapa? Naik bas baru
RM2.00, berebut, berdiri pun tak apa lah.. asalkan momentum saya masih kuat. Bertuahnya hari ni, saya dapat tempat
duduk dalam bas. Ingat nak baca buku Dare To Fail, tapi tak boleh jugak, badan tak sihat, ngantuk lah pulak.. tertidur
saya dalam bas, sedar-sedar dah nak
sampai rumah. Sampai rumah, macam biasa, masih ikut jadual/perancangan cuma
dalam jadual hari ni ada tugasan
tambahan MASAK! Ha..ha.. ini pun salah satu hobi baru saya.. walaupun tak sihat, penat.. berjaya juga masak..
simple.. janji suami tak komplen.. kitapun senang hati.
Lepas
makan, baca buku Berani Gagal (Dare To Fail). buku ni kalau tengok
kulitnya, hmmm..bagi saya tak menarik langsung.. dah lah tebal.. gambar depan
pun tak cantik, saya pun tak tau gambar apa yang dia letak kat depan tu, anak
saya kata... ”ibu, momok!” Hmm..
apa-apa lah, tapi bila buka isi dalam,
Wow! Wow! Sehelai ke sehelai, ingatkan dah masuk isi, rupanya baru ruangan editor,
tulisan dia besar-besar. Kata editor tu, ini merupakan satu penyebab orang akan
laju membaca dan tak rasa mengantuk atau borring.
Betul juga apa yang dikatakan. Setengah-setengah buku tu, dah la tebal ,
tulisan pulak halus-halus, memang mengantuk dan borring , nak-nak pulak buku ilmiah macam ni, kalau novel tu, lain
le cerita. Sedar tak sedar. Saya dah baca 26 mukasurat dalam masa lima minit
dan itupun baru rauangan editor. Selepas mukasurat 26 baru masuk Bab 1-Zaman
Kanak-Kanak mukasurat 1 balik. Dalam bab ini Billi Lim menceritakan tentang zaman
knak-kanak beliau. Billi Lim, Billi Lim... siapa Billi Lim ni.. entah, saya pun
tak kenal, kenal bila tengok gambar beliau dalam buku ni, tu pun hitam putih..
tapi yang bestnya buku Billi ni,
walaupun hitam putih tak nagntuk... menarik, hebat, intro saja pun dah menarik. Betullah
komen-komen dan ulasan daripada orang-orang ternama yang saya baca dalam
ruangan editor tu, mereka rata-rata memuji. Kalau ikutkan momentum saya yang ada ni, saya mahu habiskan baca buku ni malam ni
jugak... malangnya tak boleh, walaupun semangat kuat, kudrat/badan tak
kuat/sihat.... saya terlelap pada mukasurat 47, nak masuk bab GAGAL.... terkejut bila anak saya ajak
saya naik atas untuk tidur... wah.. bagus lah anak-anak saya dalam dua hari ni,
waktu saya membaca, mereka tak kacau pun. Ok,
lets go to sleep... opps...! dalam keadaan mengantuk ni pun saya sempat
lagi tulis perancangan saya untuk hari esok... yeah! Sekali lagi saya berjaya
memaksa diri saya keluar dari zon selesa.
THE JOURNEY IS BEGIN..
![]() |
| Buku pertama irfan yg aku beli |
Salam sayang pembaca semua, hari ni teringat plak pada nukilan yang pernah aku tulis dulu untuk dikongsi bersama rakan-rakan setugas dalam usaha mencari dan mendidik anak-nak GIAT untuk menjadi usahawan. so hari ni saya nak kongsi ngan anda semua...layan jer ler ek...Nukilan ni ditulis pada masa aku masih di bawah Jabatan Pembangunan Usahawan...agak panjang jadi aku wat masuk sikit demi sikit jer la..lau tak nnt takut u allz borring n sengaja aku biarkan korang tertunggu2 apa kesudahannya...
"Kita tidak
mungkin menemukan lautan baru jika kita
tidak berani belayar jauh dari pantai”
17
Ogos 2009- Hobi
Sepanjang minggu ini saya begitu
berminat membaca buku tentang motivasi dan keusahawanan. Balik dari pejabat
saya mesti singgah sekejap di kedai buku Pertama Kompleks. Teringat kata-kata
rakan berkenaan kejayaan Dr. Irfan Khairi, saya lantas bertanyakan kepada tokey
kedai, ada tak koleksi buku-buku Dr. Irfan yang dikatakan orang Jutawan muda.
Saya mendapati di dalam kedai ini ada terdapat begitu banyak buku-buku hasil
karya para jutawan termasuklah Azizi Ali yang saya kenal namanya melalui
internet, Billi Lim yang telah menghasilkan buku yang terlaris di pasaran
antarabangsa (Dare To Fail). Saya macam berminat untuk membeli buku ini (Dare
To Fail), tapi bila memandang pada harganya.. mak aiii!! Boleh tahan,… tak
jadi,… last-last saya beli buku hasil karya Dr. Irfan Khairi dengan harga RM39.90
tapi sebab dah biasa dengan tokey ni, dia bagi diskaun RM35.00. Fuhh… akhirnya…
dapat juga buku ni… tak sabar nak baca… tapi tak boleh baca sebab balik rumah
naik bas, kebetulan terpaksa berdiri pulak ramai orang. Huh! Sampai rumah penat gila… walaubagaimanapun semangat nak
membaca tu masih berkobar-kobar. Selepas segarkan badan saya terus ambil buku
tu. Pada mulanya tanggapan saya.. “ahh.. mesti tak sampai berapa minit ni.. pasti
zzzzz..” Realiti, sebaliknya… bila buka muka surat pertama, saya
terus teruja nak baca muka surat seterusny. Hebat, menarik dan tertarik!
maklumlah pengarangnya pun hensem. Helaian demi helaian, tak sabar rasanya nak
habiskan time tu jugak, terasa seakan
semangat saya meningkat ke 200%, 300%..,
semangat saya semakin melonjak mengikut helaian yang saya baca. Suami balik pun rasa macam tak nak layan. Tapi
terpaksa berhenti sekejap, sebab Dr.
Irfan kata untuk berjaya kita memerlukan orang disekeliling kita yang
terhampir, jadi dalam situasi ini, suami saya adalah orang yang terhampir
dengan saya buat masa ni,beserta anak-anak. Selepas melayani apa yang patut, saya
tanpa berlengah menyambung semula pembacaan.
Apa yang betul –betul terlekat dalam fikiran saya ialah kata-kata Dr. Irfan dalam bukunya, untuk berjaya kita
mesti ada perancangan jadi untuk
tidak menjadikan perancangan itu terlepas pandang, kita perlu tulis perancangan kita untuk hari esok, dan kita kena tulis
perancangan kita untuk hari –hari berikutnya sebelah malam sebelum tidur. Tapi
sebelum tu kita kena tetapkan dulu
apa matlamat kita, barulah wujud momentum semangat dan bermotivasi. Disebabkan
buku itu tidak membuatkan saya mengantuk, saya berjaya habiskan buku tu dalam tempoh dua
jam walaupun suami dan anak-anak ada. wow!
Macam tak percaya. Yang hairanya
suami dan anak-anak saya tidak
menganggu saya semasa saya sedang khusuk
membaca. Mungkin mereka hairan, “buang tabiat apa ke isteri/ibu aku ni, sebelum
ni tak pernah pula baca buku sampai macam tu sekali”… agaknya itulah yang
bermain di fikiran mereka. Sebelum tidur
saya sempat mempraktikkan apa yang disarankan oleh Dr. Irfan. Saya tulis
perancangan saya untuk hari esok secara senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi
dari suami.. maklumlah perkara baru, takut kena kutuk, dan buat apa yang sepatutnya
saya buat sebelum tidur. Maka bermulalah perjalanan saya untuk menjadi orang
yang berjaya seperti Dr. Irfan. Biasalah orang melayu memang kuat meniru.. tapi
meniru yang baik tidak menjadi kesalahankan? Apa yang terjadi esok?.






