Monday, June 13, 2011

THE JOURNEY IS BEGIN..

Buku pertama irfan yg aku beli
Salam sayang pembaca semua, hari ni teringat plak pada nukilan yang pernah aku tulis dulu untuk dikongsi bersama rakan-rakan setugas dalam usaha mencari dan mendidik anak-nak GIAT untuk menjadi usahawan. so hari ni saya nak kongsi ngan anda semua...layan jer ler ek...Nukilan ni ditulis pada masa aku masih di bawah Jabatan Pembangunan Usahawan...agak panjang jadi aku wat masuk sikit demi sikit jer la..lau tak nnt takut u allz borring n sengaja aku biarkan korang tertunggu2 apa kesudahannya...
 
"Kita tidak mungkin menemukan  lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai”

17 Ogos 2009- Hobi
Sepanjang minggu ini saya begitu berminat membaca buku tentang motivasi dan keusahawanan. Balik dari pejabat saya mesti singgah sekejap di kedai buku Pertama Kompleks. Teringat kata-kata rakan berkenaan kejayaan Dr. Irfan Khairi, saya lantas bertanyakan kepada tokey kedai, ada tak koleksi buku-buku Dr. Irfan yang dikatakan orang Jutawan muda. Saya mendapati di dalam kedai ini ada terdapat begitu banyak buku-buku hasil karya para jutawan termasuklah Azizi Ali yang saya kenal namanya melalui internet, Billi Lim yang telah menghasilkan buku yang terlaris di pasaran antarabangsa (Dare To Fail). Saya macam berminat untuk membeli buku ini (Dare To Fail), tapi bila memandang pada harganya.. mak aiii!! Boleh tahan,… tak jadi,… last-last saya beli buku hasil karya Dr. Irfan Khairi dengan harga RM39.90 tapi sebab dah biasa dengan tokey ni, dia bagi diskaun RM35.00. Fuhh… akhirnya… dapat juga buku ni… tak sabar nak baca… tapi tak boleh baca sebab balik rumah naik bas, kebetulan terpaksa berdiri pulak ramai orang.        Huh! Sampai rumah  penat gila… walaubagaimanapun semangat nak membaca tu masih berkobar-kobar. Selepas segarkan badan saya terus ambil buku tu. Pada mulanya tanggapan saya.. “ahh.. mesti tak sampai berapa minit ni.. pasti zzzzz..” Realiti,  sebaliknya… bila buka muka surat pertama, saya terus teruja nak baca muka surat seterusny. Hebat, menarik dan tertarik! maklumlah pengarangnya pun hensem. Helaian demi helaian, tak sabar rasanya nak habiskan time tu jugak, terasa seakan semangat saya meningkat ke 200%, 300%..,  semangat saya semakin melonjak mengikut helaian yang saya baca.  Suami balik pun rasa macam tak nak layan. Tapi terpaksa berhenti sekejap,  sebab Dr. Irfan kata untuk berjaya kita memerlukan orang disekeliling kita yang terhampir, jadi dalam situasi ini, suami saya adalah orang yang terhampir dengan saya buat masa ni,beserta anak-anak. Selepas melayani apa yang patut, saya tanpa berlengah menyambung semula pembacaan.  Apa yang betul –betul terlekat dalam fikiran saya ialah kata-kata  Dr. Irfan dalam bukunya, untuk berjaya kita mesti ada perancangan jadi untuk tidak menjadikan perancangan itu terlepas pandang, kita perlu tulis perancangan kita untuk hari esok, dan kita kena tulis perancangan kita untuk hari –hari berikutnya sebelah malam sebelum tidur. Tapi sebelum tu kita kena tetapkan dulu apa matlamat kita, barulah wujud momentum semangat dan bermotivasi. Disebabkan buku itu tidak membuatkan saya mengantuk,  saya berjaya habiskan buku tu dalam tempoh dua jam walaupun  suami dan anak-anak ada. wow! Macam tak  percaya.  Yang hairanya  suami dan anak-anak saya  tidak menganggu saya  semasa saya sedang khusuk membaca. Mungkin mereka hairan, “buang tabiat apa ke isteri/ibu aku ni, sebelum ni tak pernah pula baca buku sampai macam tu sekali”… agaknya itulah yang bermain di fikiran mereka.  Sebelum tidur saya sempat mempraktikkan apa yang disarankan oleh Dr. Irfan. Saya tulis perancangan saya untuk hari esok secara senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi dari suami.. maklumlah perkara baru, takut kena kutuk, dan buat apa yang sepatutnya saya buat sebelum tidur. Maka bermulalah perjalanan saya untuk menjadi orang yang berjaya seperti Dr. Irfan. Biasalah orang melayu memang kuat meniru.. tapi meniru yang baik tidak menjadi kesalahankan? Apa yang terjadi esok?.



SHARE THIS

Facebook Comment

0 ulasan:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.