Saturday, June 11, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA

Pantai Port Dickson yang indah...
salam sayang pembaca semua,

Sebut pasal cuti rasa cam geram, marah n suka pon ada. nape aku cakap cam gitu..? Sebabnyer..aku ambik cuti seminggu solid sempena cuti sekolah ni, kononya nak pi bercuti ngan family lah at least PD pon dah ok lah.. ataupun sekurang-kurang balik kampung tercinta. Walaupun org kata kampung aku tu tempat Jin Bertendang. Tapi tempat jatuh lagi dikenang inikan pula kampung halaman..tak gitu. Tapi!!!!, ha..ni baru start nak bercerita..Alkisahnya..semua plan itu satu pon tak menjadi. Sudahnyer aku bercuti kat dalam umah aku sendiri. 

Percaya atau tidak dalam tempoh seminggu aku memang terperap kat dalam umah jer. Tak kuar g memanepon even pasar malam. Cuma kuar depan umah untuk sidai baju. Selebihnye semua aktiviti indoor. Fuh!! aku dah jadi macam anak dara zaman dulu. Aku sendiri pon tak caya, aku buleh stay lam umah sepanjang minggu. Wow!!! hari ini lam sejarah ni..biasanya aku akan desak gak hubby kesayangan untuk pegi memanalah..GIANT ker, KFC ke, Mc. D ke, at least kan. Yang best gak.. En. hubby aku ni...tak leh nak commite ngan plan yang dah dibuat., ada jer alasan dia. Itulah dia ek..kita hanya mampu merancang dan Allah sahaja yang menentukan. Balik kampung pon Mr. Hubby x mau. Sudahnya aku terpaksalah tipu harus ngan nenek bebudak nih...hari-hari dorang call tanya apsal tak balik kampung..terpaksalah aku memberitahu alasan2 yang rasanyer logik untuk didengar.
Tapi ada yang best gak.sepanjang minggu ni sempat gak aku siapkan manik sahabatku yg dah hampir dua bulan tempoh penghantarannya. Alhamdulillah. Dan sempat gak siapkan memanik baju yg lain tapi takderlah banyak..coz rutin harian yang terlalu pack. Ha.. ni dia diari harian aku sepanjang minggu cuti aku yang bermacam rasa:
Pagi : Bangun tidur, main ngan anak2 lau sempat tatap fb kejap. Lau si kecik masih lom bangun..time nilah sempat memanik kejap. Lau tak.., bangun, suapkan makanan baby n mandikan dia, pastu kemas umah apa yang patut, mendobi.

Tengahari: Makan plak..main ngan anak lagi sampailah petang.

Petang: Mandikan anak pastu tunggu makan malam

Malam: Makan Malam, FB, pastu tidurkan anak. kenkadang ngan mak2 skali tidur..depa2 ni semua.. selagi mak tak tidur sekali selagi tulah depa tak tidur.. sudahnye peluang untuk bermanik agak terhad. bila dah tidur tu,,tetau jerlla..nak bangun balik..MasyaAllah..sikit punya susah. kekadang lau Mr. hubby kacau pon rasa cam nak s****k jer..(18sx ek). berdosanyerlah aku..Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini. Tapi biasanya bila Mr. hubby kacau jarang maknyer tak layan....he3 (18 sx lagi)..- sorrylah pembaca semua ek.. termasuk unsur2 inilah plak. nak dijadikan citer lah. tapi untungnya bila dah bangun..mata susah nak tidur balik..ada rahmat gaklah gangguan Mr. Hubby tu. sepanjang malam selepas bangun tu dipenuhkan dengan jait manik. sampai pagi...walah...siap gak manik aku...Alhamdulillah.
Hurm begitulah rutin seharian aku sepanjang cuti-cuti malaysia tuh...layan jer ler gambar-gambar yg aku dowload dari internet tempat-tempat percutian impian aku....
cameron Highland- Seumur hidup tak penah g sampai cni..hu3

Rose Garden-Cameron Highland

Rumah Gadang- Nogori Sembilan

Yummy!!! ladang Strawberry- Cameron Highland



SHARE THIS

Facebook Comment

0 ulasan:

Sebarang cadangan, pandangan & komen sangat dialukan bagi menambahbaik mutu blog ini. Terima kasih.