Showing posts with label irfan khairi. Show all posts
Showing posts with label irfan khairi. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

CHU-CHU SHOPPING CENTRE-KTMB

CHU-CHU SHOPPING CENTRE-KTMB

19 JUN 2011
Jam 7.35am tadi baru terjaga dari tidur... maklumlah bendera jepun..lajak jer lah kan..lagipon badan tak berapa sihat, dengan baby sekali demam, batuk n selsema...cam gitu gak aku..bila baby tak chat jer..mak baby mesti kene effect dia..itulah dia pengorbanan sorang ibu.
Umph.. bukan pasal demam yg aku nak crite sebenarnya..aku nak citer pasal mimpi aku..tetiba jer aku diberi mimpi tentang idea,..tah apa2 tah..dek kerana terlalu memikirkan idea apa aku nak propose untuk Dana 1 Belia.....korang tau tak pasal Dana nieh..wei..dah ramai yg dapat tau..aku teringin gak nak cuba nasib..salah sorang kawan aku kata aku ni banyak idea tapi lambat nak bertindak..ikut2 kan memang aku ni banyak idea..leh dikatakan dah jadi ceret-beret idea dah..cuma tak der org nak sambut jer idea aku tuh..bak kata Irfan Khairi..setiap idea yg keluar w/pon bodoh..just tulis jer.. sebut pasal Dak Irfan ni.., dah lama aku tak baca buku-buku motivasi diri dan perniagaan semenjak last penulisan aku tulah..tapi , buku Billi Lim tu habis aku baca cuma tak sempat nak ulas jer dek kerna pada masa tu..aku selalu jer kuar masuk hospital..semua ngan semangat.., motivasi aku..ke arah tu..tersenyap kejap..sehinggalah hari ni..aku termotivasi sikit ngan Dana 1 belia nieh..mulalah aku tercari-cari balik buku2 yang dah penah aku beli dan baca..betul u...motivasi ni kene selalu ada, kita kena cari kat mana dan macamana cara nak memotivasikan diri kita sendiri tak kisahlah motivasi untuk berniaga ker, kerja ker, rumahtangga ker..dan macamlah..pengalaman aku sendirilah..sebelum ni bila aku baca dan praktikkan apa yang dicakapkan lam book motivasi dorang tu..memang ketara..aku tak rasa letih dan aku sentiasa bersemangat..walaupun tak ada org pon tau dan org pon tak kesah ngan semangat kita..tapi,  ada aku kesah sume tuh...lantaklah..apa yang penting..aku kene motivasikan diri aku sentiasa.
Alamak..membebel lagi aku nieh..macamlah aku ni pakar motivasi ek..tak per... sharing is caring..lau korang rasa boleh pakai korang pakailah ..tak rugi pon..akupon dapat pahala...motivasi gak tu kan..hurmm dah lah  aku nieh nak citer pasal mimpi idea aku tuh tadi..
Hurm last mimpi aku tuh aku tengah bertekak ngan taylor aku ..tapi yg bestnyer dia bukak kedai kat dalam train..keretapi..apa kaitanlah plak ek..tapikan bila aku pikir balik..bagus gak mimpi tu..tetiba jer idea datang..aku rasa mcm nak gi proposed jer kat boss paling....3 besar KTMB kita kat Malaysia ni..soh depa buat..dan khaskan satu gerabak dalam train ke express dorang khusus untuk gedung beli-beli , blah.. Disebabkan aku ni orang lam bidang textile dan fashion aku syorkan dorang buat Chu-Chu Shopping Centre ( nama ni yg ada lam kepala aku saat ni..lau korang ada nama lagi best leh lah share)   ni untuk jual kain, handbag, kasut pakaian dan kraftangan Malaysia dan jgn lupa letakkan sudut khas untuk tailoring ....target market utama  ..of couselah penumpang keretapi..sbbnyer bagi perjalanan jauh..mesti dorang borring..xtvt yg boleh dibuat..baca buku..tgok pemandangan, lau mlm mana nak nampak ape..hu3 pengalaman ngan keretapi nieh..maklumlah aku kan anak org kerja KTMB..dripada dorang tidur..lau ada Chu-Chu Shopping Centre ni adala gak xtvt menarik sikit yg dorang leh buat...selain dri penumpang, customer gak boleh diperluas kepada orang ramai.. marketing mesti powerlah....secara tak langsung..Kementerian Pelancongan pon leh tarik orang untuk datang ke Malaysia..
Gambar kat bwah ni aku download dr tenet jer..tgh usha3 design mane yg sesuai lam gerabak..he3..   yo, yo, o jer aku ni ek..kita kena berangan dulu sebelum bina sebuah impian untuk dijadikan kenyataan..poyos lah..mcm pernah dengar jer ayat ni...
LIKE SHOPPING IN THE AIR...-YEEHA...

DESIGN NI PON OK KAN KAT LAM TRAIN TU..

NI PON OK GAK..

NI AKU SUKA...TAPI RUANG LAH PLAK TERHAD NNT

NI...
Sebenarnya banyak lagi justifikasi Idea aku..ni tapi lau citer kat sini pon korang just baca and paling tinggi pon komen jer kat sini...tak der masalah ..mana tau salah sorang daripada korang yang baca ni..ropenyer Pelabur Asing yang rasa tertarik ngan idea aku pastu berminat nak wat investment...ha3 perasan tak aku.? .tak per itu pon salah satu cara nak motivasi diri gak tu..perasan benda yg baik takpe..jgn perasan benda yang menjatuhkan org dah...idea kalau setakat idea tak der orng sambut..pon dia dok kat situ jer ler....
Hurm ok lah korang..baby aku dah nangis dah..nntilah aku sambung lagi celoteh ni.. bye...

Monday, June 13, 2011

Perempuan Tak Boleh Jadi Boss!!?

Perempuan Tak Boleh Jadi Boss!!?

Betul ke pompuan dok boleh jadi boss...hurm.. ada betul ada tak...sbb aku pon bos gak..ada yg suka aku ada yg tak suka aku..tak suka sbb aku garangke? kuat mengarah ke..  sebut pasal marah..hari ni memang aku hangin, borring, geram dan macam-mcam lagi..apa tak nyer ada  sorang staff kesayangan aku ni.....aku marah kang.....dia kata aku kuat membebel..mana aku tak bebel..soh buat lain..lain yg dia buat..orang gitau lain..lain lak yg disampaikannya..ni seminggu aku cuti ari tu..dia pon cuti gak..dah lah tak g tau..sapa tah yg lulus cuti dia..hari ni baru nak sms giitau...cuti ambik dulu..plak tu seminggu tu...aku sendiri pon apply 6 bulan awal nak cuti seminggu dia.....hish... best betul jadi dia.....satu keje pon dia tak buat..mana leh tahan...!!! dah aku posa hari ni..free2 jer pahala posa aku...
hurm..aku percaya..ramai dikalangan korang kat luar sana pernah alami perkara ni samada jadi yang kene marah atau tukang marah..adoi..teringat lak satu kursus yg pernah aku attend dulu ' Jadilah bos bila tak de dicari dan diingat"..tapi kan.. camne nak jadi lagu tu..lau dapat staff yag *******..hampeh tollah.. consultant tu gak kata.."kita ibarat daging burger yg kat tengah2 tu..atas nak kene jaga , bawah pon nak kene jaga"  Habih! kita sapa nak jaga???? hurm lu pikir lah sendiri..

sebelum terlupa.. sambung balik citer aku sebelum ni..layan jer la ek..
 
18 Ogos 2009-Momentum
 Tepat jam 5.00am saya terjaga dari tidur, ingat nak sambung tidur lagi sikit, sebab biasanya alarm handphone saya akan berbunyi pada jam 5.30am. pusing kiri, pusing kanan.. masih tak boleh juga lelap, aduh! ruginya rasa tidur aku...kenapa agaknya ye.. biasanya time pagi le kita senang nak tidur semula sebabnya time ni kata mak saya setan memang suka bergayut kat kelopak mata.. lepastu dia selimutkan kita dengan selimut ba alif ba ya (Babi).. hmm.. baru saya teringat, sebelum tidur semalam saya telah mengaktifkan minda bawah sedar saya dengan mewujudkan momentum yang telah saya ciptakan semalam iaitu menulis perancangan saya untuk hari ini. Dengan semangat dan momentum yang ada ni saya langsung berkemas dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Musim H1N1 ni kena pakai musk...saya pula tak berapa nak sihat hari ni, tapi yang bestnya saya dapat keluar awal dari rumah- 6.30am! suami terkejut dan agak pelik campur bengang, maklumlah  biasanya saya akan keluar dari rumah paling awal jam 6.50am,  kalau tak, biasanya jam 7.00am atau 7.30am, tu yang sampai pejabat semput-semput jam 8.00am. Dalam keadan hairan suami bertanya kenapa hari ni awal sangat? saya jawab motivasi dan momentum baru. Suami pelik dan masih tertanya-tanya. saya biarkan saja persoalan itu. Sampai pejabat jam 7.14am, wow! Awalnya! Rakan pejabat yang biasa datang awal bertanya, “hai kak, awal hari ni, ke saya yang lambat?” saya jawab dengan senyuman.

Fuh.... macam nak mula hari baru je rasa hari ni.. walaupun tak berapa sihat. Teringat perancangan yang dah ditulis semalam... tangan saya dengan lajunya terus membuka komputer dan mengemas meja sikit-sikit, terus semak apa yang patut dibuat pada hari ni, ikut perancangan. Eh.. betul kata Dr. Irfan, dahulukan yang susah pada waktu pagi, yang lain yang senang  atau tak berapa penting kita delegate kan pada orang lain.  Amazing!... saya percaya semua orang tahu dan dah biasa dengar kata-kata ini iaitu mulakan kerja anda pada waktu pagi kerana pagi membawa rezeki. Saya juga percaya semua orang telah merancang apa yang perlu dilakukan setiap hari, cuma apa yang mebezakan kebanyakan orang akan merancang di dalam kepala dan tidak didokumenkan atau ditulis. Apa yang kita biasa buat, kita dokumenkan perancangan kita dalam otak kita. Kalau tengok cerita P. Ramlee... tengah-tengah dok ingat , tersepak batu jadi lain pulak ceritanya.. itulah dia kita sekarang ini, sebenarnya kita dah terbiasa dengan keadaan itu, dokumenkan di fikiran, bak kata Dr. Irfan; kita telah berada di zon selesa untuk keluar dari zon tersebut,  kita kena paksa diri kita untuk keluar dari zon tersebut. Beliau mencadangkan agar kita menulis perancangan kita setiap hari agar apa yang kita ingin lakukan tidak tersasar. Yap.! Saya dah buat langkah pertama seperti yang dicadangkan oleh Dr. Irfan. Percaya atau tidak, saya bejaya siapkan tugasan utama saya sebelum tengahari.

Waktu rehat, saya turun ke bawah. Biasanya kalau dah turun tu, dekat-dekat jam 2.00pm ataupun kadang-kadang terlajak, baru masuk balik. Tapi hari ni saya rasa macam panjang sangat masa, tengok jam baru jam 1.20pm. saya nak buat apa ye?  Tiba-tiba teringat Library MARA. Agak-agak kat situ ada tak buku Dare to Fail? Dengan masa yang ada saya ajak rakan untuk temankan saya, sebab saya belum ada kad Library. Nasib sebelahi saya, buku yang saya cari tu ada, dalam version melayu pulak tu. Wow! Seronoknya, paham-paham je lah kan.. kalau dalam english.. baca mukasurat pertama tak sampai 10 minit saya gerenti dah mengantuk, bila dapat buku tu, perkara pertama yang terlintas, ya ampun... tebalnya, boleh ke saya habiskan buku ni dalam sehari? Dr. Irfan... hmm.. Dr. Irfan lagi... sorry le... sebab semalam kan baca buku Dr. Irfan,  jadinya.. nama dia je ler yang saya tau... Dr. Irfan kata dalam bukunya; baca buku sekurang-kurangya satu(1) jam sehari/satu(1) buku sehari, sebab katanya para ilmuan dan para jutawan membaca banyak buku sebelum diaorang berjaya di tempat sekarang. Ha! Bukan senang nak jadi jutawan.  Dah jadi jutawan pun mereka masih tak  jemu-jemu menuntut ilmu pengetahuan, ada tu sampai sanggup membayar RM15,000 buka RM15, untuk mengahadiri satu seminar. Kita ni, yang belum berjaya, nak baca buku/beli buku harga RM39.90 pun .. berkira (saya lah tu). Ok, balik pada tugasan harian saya, Alhamdulillah.. tugasan hari ni berjalan seperti yang ditulis dalam perancangan semalam, malahan saya sempat buat extra work lagi.. saya sempat berjumpa dengan Pegawai PUSMA Wilayah K.Lumpur, berbincang tentang program-program usahawan yang boleh kita joint.
Balik rumah macam biasa, naik bas, tambang teksi sekarang ni melampau betul! Nak sampai ke rumah saya dari SOGO RM20.00, fuh! Kalau sebulan dah berapa? Naik bas baru RM2.00, berebut, berdiri pun tak apa lah.. asalkan momentum saya masih kuat. Bertuahnya hari ni, saya dapat tempat duduk dalam bas. Ingat nak baca buku Dare To Fail, tapi tak boleh jugak,  badan tak sihat, ngantuk lah pulak.. tertidur saya dalam bas, sedar-sedar dah nak  sampai rumah. Sampai rumah, macam biasa, masih ikut jadual/perancangan cuma dalam jadual  hari ni ada tugasan tambahan MASAK! Ha..ha.. ini pun salah satu hobi baru saya.. walaupun tak sihat, penat.. berjaya juga masak.. simple.. janji suami tak komplen.. kitapun senang hati.

Lepas makan, baca buku Berani Gagal (Dare To Fail). buku ni kalau tengok kulitnya, hmmm..bagi saya tak menarik langsung.. dah lah tebal.. gambar depan pun tak cantik, saya pun tak tau gambar apa yang dia letak kat depan tu, anak saya kata... ”ibu, momok!” Hmm.. apa-apa lah,  tapi bila buka isi dalam, Wow! Wow! Sehelai ke sehelai, ingatkan dah masuk isi, rupanya baru ruangan editor, tulisan dia besar-besar. Kata editor tu, ini merupakan satu penyebab orang akan laju membaca dan tak rasa mengantuk atau borring. Betul juga apa yang dikatakan. Setengah-setengah buku tu, dah la tebal , tulisan pulak halus-halus, memang mengantuk dan borring , nak-nak pulak buku ilmiah macam ni, kalau novel tu, lain le cerita. Sedar tak sedar. Saya dah baca 26 mukasurat dalam masa lima minit dan itupun baru rauangan editor. Selepas mukasurat 26 baru masuk   Bab 1-Zaman Kanak-Kanak mukasurat 1 balik. Dalam bab ini  Billi Lim menceritakan tentang zaman knak-kanak beliau. Billi Lim, Billi Lim... siapa Billi Lim ni.. entah, saya pun tak kenal, kenal bila tengok gambar beliau dalam buku ni, tu pun hitam putih.. tapi yang bestnya buku Billi ni, walaupun hitam putih tak nagntuk... menarik, hebat, intro saja pun dah menarik. Betullah komen-komen dan ulasan daripada orang-orang ternama yang saya baca dalam ruangan editor tu, mereka rata-rata memuji. Kalau ikutkan momentum saya yang ada ni, saya mahu habiskan baca buku ni malam ni jugak... malangnya tak boleh, walaupun semangat kuat, kudrat/badan tak kuat/sihat.... saya terlelap pada mukasurat 47, nak masuk bab GAGAL.... terkejut bila anak saya ajak saya naik atas untuk tidur... wah.. bagus lah anak-anak saya dalam dua hari ni, waktu saya membaca, mereka tak kacau pun. Ok, lets go to sleep... opps...! dalam keadaan mengantuk ni pun saya sempat lagi tulis perancangan saya untuk hari esok... yeah! Sekali lagi saya berjaya memaksa diri saya keluar dari zon selesa.

THE JOURNEY IS BEGIN..

THE JOURNEY IS BEGIN..

Buku pertama irfan yg aku beli
Salam sayang pembaca semua, hari ni teringat plak pada nukilan yang pernah aku tulis dulu untuk dikongsi bersama rakan-rakan setugas dalam usaha mencari dan mendidik anak-nak GIAT untuk menjadi usahawan. so hari ni saya nak kongsi ngan anda semua...layan jer ler ek...Nukilan ni ditulis pada masa aku masih di bawah Jabatan Pembangunan Usahawan...agak panjang jadi aku wat masuk sikit demi sikit jer la..lau tak nnt takut u allz borring n sengaja aku biarkan korang tertunggu2 apa kesudahannya...
 
"Kita tidak mungkin menemukan  lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai”

17 Ogos 2009- Hobi
Sepanjang minggu ini saya begitu berminat membaca buku tentang motivasi dan keusahawanan. Balik dari pejabat saya mesti singgah sekejap di kedai buku Pertama Kompleks. Teringat kata-kata rakan berkenaan kejayaan Dr. Irfan Khairi, saya lantas bertanyakan kepada tokey kedai, ada tak koleksi buku-buku Dr. Irfan yang dikatakan orang Jutawan muda. Saya mendapati di dalam kedai ini ada terdapat begitu banyak buku-buku hasil karya para jutawan termasuklah Azizi Ali yang saya kenal namanya melalui internet, Billi Lim yang telah menghasilkan buku yang terlaris di pasaran antarabangsa (Dare To Fail). Saya macam berminat untuk membeli buku ini (Dare To Fail), tapi bila memandang pada harganya.. mak aiii!! Boleh tahan,… tak jadi,… last-last saya beli buku hasil karya Dr. Irfan Khairi dengan harga RM39.90 tapi sebab dah biasa dengan tokey ni, dia bagi diskaun RM35.00. Fuhh… akhirnya… dapat juga buku ni… tak sabar nak baca… tapi tak boleh baca sebab balik rumah naik bas, kebetulan terpaksa berdiri pulak ramai orang.        Huh! Sampai rumah  penat gila… walaubagaimanapun semangat nak membaca tu masih berkobar-kobar. Selepas segarkan badan saya terus ambil buku tu. Pada mulanya tanggapan saya.. “ahh.. mesti tak sampai berapa minit ni.. pasti zzzzz..” Realiti,  sebaliknya… bila buka muka surat pertama, saya terus teruja nak baca muka surat seterusny. Hebat, menarik dan tertarik! maklumlah pengarangnya pun hensem. Helaian demi helaian, tak sabar rasanya nak habiskan time tu jugak, terasa seakan semangat saya meningkat ke 200%, 300%..,  semangat saya semakin melonjak mengikut helaian yang saya baca.  Suami balik pun rasa macam tak nak layan. Tapi terpaksa berhenti sekejap,  sebab Dr. Irfan kata untuk berjaya kita memerlukan orang disekeliling kita yang terhampir, jadi dalam situasi ini, suami saya adalah orang yang terhampir dengan saya buat masa ni,beserta anak-anak. Selepas melayani apa yang patut, saya tanpa berlengah menyambung semula pembacaan.  Apa yang betul –betul terlekat dalam fikiran saya ialah kata-kata  Dr. Irfan dalam bukunya, untuk berjaya kita mesti ada perancangan jadi untuk tidak menjadikan perancangan itu terlepas pandang, kita perlu tulis perancangan kita untuk hari esok, dan kita kena tulis perancangan kita untuk hari –hari berikutnya sebelah malam sebelum tidur. Tapi sebelum tu kita kena tetapkan dulu apa matlamat kita, barulah wujud momentum semangat dan bermotivasi. Disebabkan buku itu tidak membuatkan saya mengantuk,  saya berjaya habiskan buku tu dalam tempoh dua jam walaupun  suami dan anak-anak ada. wow! Macam tak  percaya.  Yang hairanya  suami dan anak-anak saya  tidak menganggu saya  semasa saya sedang khusuk membaca. Mungkin mereka hairan, “buang tabiat apa ke isteri/ibu aku ni, sebelum ni tak pernah pula baca buku sampai macam tu sekali”… agaknya itulah yang bermain di fikiran mereka.  Sebelum tidur saya sempat mempraktikkan apa yang disarankan oleh Dr. Irfan. Saya tulis perancangan saya untuk hari esok secara senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi dari suami.. maklumlah perkara baru, takut kena kutuk, dan buat apa yang sepatutnya saya buat sebelum tidur. Maka bermulalah perjalanan saya untuk menjadi orang yang berjaya seperti Dr. Irfan. Biasalah orang melayu memang kuat meniru.. tapi meniru yang baik tidak menjadi kesalahankan? Apa yang terjadi esok?.